Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Post hari ini

Akhirnya ! semua kerja/assignments/proposal,reports dan segala tok nenek dialah dah setel disiapkan. Boleh kata hampir semua kawan-kawan se-batch aku muka cam zombie seksyen 17 je seminggu dua ni. Mana taknya, nak siap semua kerja dalam masa yang singkat, agak la weh, kalau kitorang ni ada power superhero or magic cam Marry Poppins * petik jari semua setel * takpe la jugak. ni semua kena buat dgn kaki tangan sendiri. Hadoii ! Now, tinggal tak sampi 3minggu je lagi kitorang punya Final Recital. Minggu ni pulak bizi dengan exam practical for Percussion Method dan Pop Ensemble. dan minggu depan final written exam for ETR pulak. okay, boleh get ready cari buku pasal bisnes2 dah. Untuk recital akan datang ni, aku tak sure aku leh buat ke tak. Aku dapat rasakan aku macam tak ready sepenuhnya. Biasalah tu darah anak muda asik ingat nak bergoyang je. Tak sirius dengan tanggungjawab sendiri. Tapi, bila dah last minute baru nak buat itu ini macam nak rak. Pastu post status dalam fesbuk berbaur

Merdeka Raya ('','')

Lama tak update, jadi cerita suam-suam kuku je. Harap sabar. Mana nak mula ? Entah. (cilake) Puasa dah abes. Amacam ? rasa geli-geliman atau bangga puasa penuh tahun ni ? (tentunya aku tak pernah penuh setiap tahun, alasan penat cat umah!) HAHA [Cerita raya] . Raya disambut tak semeriah ibarat Kak Timah Lenggang pakai baju kebaya ketat kaler merah hot okay ! Entahlah. Raya tahun ni agak hambar sebab sedara-mara sepupu sepapat tak ramai yang turun JB. Ada kata raya rumah mak mentua la, rumah boifie la, bawak diri la dan lain-lain lagi. Namun demikian (aku dulu skola BM agak power), ianya tak mematahkan semangat kami adik beradik untuk kumpul sampul duit raya melebihi jiran tetangga (kekanak bawah 10 tahun khususnya). Raya pun setakat lepak rumah 'Nenek Bertha' dan balik kampung saja. Rasanya aktiviti time raya cenggini lebih kurang sama je kot dengan semua umat. Malas nak sembang kencang, nanti jadi karangan autobiografi : Aku Sehelai Kertas Mahjong la pulak. (nampak ka